Saturday 21 July 2012

Telah dibuka...


Isnin lalu, tanggal 16/07/2012, Heaven Steamboat & Grill Buffet telah pun dibuka secara rasmi. Secara sederhana, kami cuba menyediakan segala yang terbaik untuk dinikmati oleh para pelanggan. Sebagai permulaan, kami memperkenalkan harga promosi RM 17 seorang, jauh lebih murah daripada yang ditawarkan oleh syarikat lain. Ini bagi memberi peluang kepada bakal pelanggan kami untuk mencuba dan menikmati tawaran kami serta merasai kelainan yang kami bawakan berbanding yang lain. Alhamdulillah, sehingga kini kami menerima maklumbalas yang agak baik daripada para pelanggan yang telah mengunjungi kami. Kami akan cuba memperbaiki khidmat kami dari semasa ke semasa. Teruskan menyokong kami, terima kasih...

No comments:

Post a Comment