Thursday 16 January 2014

memblog kembali ke...?

haduii, lama sungguh kami tak pedulikan blog ni...
kadang2 lupa yang heavenbuffet ada blog...
hehe...
ginilah gayanya bila kita cuba2 nak memblog...
tgk laa macamana, kalau boleh memang nak memblog...

apa2 pun,dapatkan semua info mengenai kami di facebook...
www.facebook.com/heavenbuffet

Saturday 8 September 2012

Menu: Ice-cream Series

Sekiranya anda mengunjungi mana-mana steamboat buffet sekalipun, hidangan aiskrim adalah salah satu hidangan wajib yang akan disediakan untuk anda. Hidangan ini biasanya untuk dimakan sebagai pencuci mulut untuk melengkapkan hidangan anda.


Kebanyakan daripada kedai steamboat menghidangkan aiskrim dari jenis aiskrim potong yang mengandungi 3 atau 4 perisa. Antara perisa yang paling 'glamer' ialah aiskrim kacang. Sedap, kata mereka... Selain itu terdapat juga perisa jagung dan perisa-perisa lain yang boleh anda pilih. Sebagaimana biasa, oleh kerana ini adalah kedai buffet, maka anda boleh makan seberapa banyak yang anda mahu selagi anda terdaya...:-)


Ini juga adalah salah satu jenis aiskrim yang ada disediakan di sesetengah buffet. Pasti ramai antara kita yang pernah merasanya, terutama ketika bersekolah rendah dahulu. Kini, setelah dewasa anda boleh menikmatinya sekali lagi di kedai-kedai buffet...


Tapi tunggu........


Jenis-jenis aiskrim di atas bukanlah yang kami sediakan untuk anda di Heaven Steamboat & Grill Buffet. Kami sentiasa berusaha untuk  menambah nilai kepada wang anda. Dengan itu, kami menyediakan aiskrim jenis scoop dari pelbagai perisa khas daripada pembuat aiskrim terkemuka, Nestle.



 Anda boleh menikmati aiskrim seberapa banyak yang anda mahu tanpa membazir. Aiskrim ini sudahpun termasuk dalam harga buffet yang kami tawarkan. Berikut adalah pelbagai jenis perisa aiskrim yang ada dalam simpanan kami untuk anda nikmati. Ini adalah perbezaan yang kami tampilkan berbanding kedai-kedai steamboat lagi...


 Perisa Keladi dan Perisa Peppermint


 Perisa Strawberi dan Perisa Butterscotch


 Perisa Vanila dan Perisa Coklat


Perisa Coklat Ripple


Jadi apa lagi, rancangkan kunjungan ada ke tempat kami bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati hidangan yang lain daripada yang lain. Kami senantiasa bersedia menanti kunjungan anda, dan semoga kunjungan anda akan memberi kepuasan kepada anda...

Tuesday 4 September 2012

Bebola pilihan...

Untuk memberi kepuasan kepada para pelanggan, kami telah menyediakan sebanyak 2 freezer makanan steamboat. Kami menyediakan barangan ini terus di dalam freezer agar kesegarannya terjamin. Ini bagi mengelakkan sebarang kerosakan yang boleh berlaku sekiranya barangan ini terdedah kepada cuaca panas dan suhu yang tidak sesuai. Kerana itu, kami sangat menghargai sekiranya anda boleh menutup semula freezer setiap kali selepas anda mengambil makanan.

Untuk pengetahuan, kami meletakkan makanan ini di dalam bakul yang membolehkan pelanggan lebih mudah untuk mengambilnya. Setiap satu jenis kami letakkan di dalam bakul yang berlainan. Kami mempunyai sebanyak 42 bakul dan setiap satu bakul tidak sama dengan bakul yang lain. Ini bermakna kami mempunyai sebanyak 42 pilihan makanan steamboat yang boleh anda cuba dengan mengunjungi kami.

Antara bebola makanan yang kami sediakan ialah  bebola udang, sotong, ikan, ketam, lobster, daging, ayam, otak-otak, salmon, nugget dan sebagainya. Di kesempatan akan datang, kami akan cuba menghuraikan satu persatu jenis yang kami ada untuk pengetahuan anda. Adalah sangat penting untuk anda ketahui apa yang anda makan, maka ini adalah salah satu inisiatif kami agar anda lebih faham tentang makanan anda.

Gambar-gambar untuk tontonan anda...:-)
 








Terima kasih untuk sokongan anda...:-)

Wednesday 29 August 2012

Menu - Kuah...

Sebagaimana yang dijanjikan, tujuan kewujudan blog ini ialah untuk menerangkan tentang apa yang kami tawarkan kepada para pelanggan terutama menu yang ada di Heaven Buffet. Jadi pada kali ini, eloklah rasanya kami bermula dengan menu kuah yang kami sediakan kepada para pelanggan.

Setakat ini, terdapat dua jenis kuah yang kami sediakan iaitu kuah tomyam dan juga kuah sup. Kedua-dua kuah ini akan kami sediakan bagi setiap meja yang ada pelanggan, dengan memastikan jenis kuah yang dimahukan oleh pelanggan. Di tempat kami, pelanggan hanya perlu memilih satu jenis kuah sahaja untuk hidangan kerana kami tidak membahagikan periuk kami kepada dua bahagian.

Terdapat segelintir pelanggan yang meminta kedua-dua jenis kuah tersebut, tetapi kerana kami tidak membahagikan periuk kami kepada dua bahagian, maka permintaan ini tidak dapat ditunaikan. Namun begitu, bagi pelanggan yang masih mahu kedua-dua kuah tersebut, mereka boleh menukar kuah kepada kuah yang lain untuk pusingan kedua tanpa ada sebarang pertambahan caj dengan syarat mereka menghabiskan semua makanan yang dimasukkan ke dalam kuah yang pertama tadi. Sekiranya masih terdapat baki makanan di dalam periuk kuah pertama, maka kami tidak akan menukarkannya kepada kuah lain bagi mengelakkan pembaziran.

Kami pasti ada pelanggan yang akan mempersoalkan kenapa kami tidak membahagikan periuk kami kepada dua bahagian. Benar, kebanyakan kedai buffet steamboat lain membahagikan periuk mereka kepada dua bahagian,malah ada yang membahagikannya kepada tiga bahagian. Tetapi bagi kami, apabila periuk dibahagikan kepada dua atau tiga bahagian, maka ruangan untuk memasak akan menjadi terlalu kecil. Ruangan kecil ini, apabila diisi dengan makanan steamboat yang diambil terus dari peti beku yang kami sediakan, maka berlaku penyejukan kuah dengan cepat dan ini akan melambatkan makanan masak. Selain itu, memasak dalam ruangan kecil adalah sangat tidak selesa. Oleh kerana itu, kami mengambil keputusan untuk memberi ruangan yang besar kepada para pelanggan untuk memasak dan seterusnya menikmati hidangan lazat dengan lebih cepat.

Untuk pengetahuan para pelanggan juga, sekiranya anda kehabisan kuah semasa menikmati hidangan anda, anda boleh menambah kuah anda. Minta sahaja daripada pekerja kami yang sentiasa bersedia memberikan khidmat. Berita baiknya, tambahan kuah tidak dikenakan sebarang caj tambahan.

Jemput berkunjung ke tempat kami, dan nikmati makanan steamboat dengan pelbagai pilihan hebat. Terima kasih...:-)


Kuah sup, disediakan sebaik sahaja diminta oleh pelanggan. Kurang pedas berbanding kuah tomyam, sesuai bagi keluarga yang membawa anak kecil, juga mereka yang kurang gemar makanan pedas.

Kuah tomyam, dimasak terlebih dahulu agar lebih sedap. Sedikit pedas, namun masih boleh dinikmati dengan selesa.

Menu...

Adapun tujuan asal blog ini diwujudkan adalah untuk menjadi salah satu medium bagi para pelanggan untuk berinteraksi dengan kami. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai tempat  untuk mempamer dan bercerita tentang menu yang kami sediakan untuk para pelanggan.

Namun, setelah lebih sebulan kami beroperasi, kelihatan blog ini belum mampu menepati tujuan kewujudannya. Untuk itu, kami meminta maaf atas keadaan tersebut. Sebenarnya, keadaan agak tidak mengizinkan. Maklum saja, dengan kedai yang baru buka, terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan. InsyaAllah kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi tujuan kewujudan blog ini. Malah semua menu, suasana dan perkara-perkara berkaitan akan di post kan di blog ini. Harap dapat bersabar dan terima kasih atas sokongan anda semua...:-)

Sunday 5 August 2012

Buka Puasa...


Kami mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang telah sudi berbuka puasa di tempat. Kami berharap para pelanggan berpuashati dengan khidmat kami. Kedai kami masih lagi dalam proses penambahbaikan, jadi kami memohon maaf atas segala kekurangan. Namun begitu, kami menjamin pilihan yang banyak sebagai menu berbuka puasa anda. bagi pelanggan yang ingin berbuka puasa di tempat kami, membuat tempahan adalah cara terbaik agar tempat duduk anda terjamin ada...sebarang tempahan hanya diterima melalui telefon bimbit. Untuk mendapatkan nombor telefon, lawati laman facebook kami di https://www.facebook.com/heavenbuffet.

Tuesday 24 July 2012

Signboard...

Tengahari tadi, tepat pukul 12.00 tghari, Heaven Steamboat & Grill Buffet telah dikunjungi oleh pekerja-pekerja untuk memasang signboard. Sekejap saja masa yang diambil, signboard telah pun siap dipasang.



Signboard ini menampilkan logo syarikat sebagai subjek utama, agar logo ini menjadi dekat kepada para pelanggan. Mungkin selepas ini apabila terpandang logo sebegini, maka para pelanggan akan mengetahui bahawa ini adalah syarikat kami. Di bawahnye pula diletakkan nama syarikat agar orang ramai tidak tertanya-tanya akan jenis perniagaan yang kami jalankan. Dengan jelas kami memaparkan nama Heaven Steamboat & Grill Buffet supaya dengan senang orang ramai mengetahui kami menjalankan perniagaan makanan secara buffet. Di samping itu, lama facebook juga diletakkan agar orang ramai boleh mengunjungi laman ini dan seterusnya mendapat maklumat yang lebih banyak tentang kami. Kenapa kami memilih warna hitam sebagai warna latar...? Supaya ia menonjolkan logo san tulisan dengan lebih baik kepada orang yang  memandangnya.


Adalah diharapkan dengan adanya signboard ini, orang ramai akan lebih senang menemui kami. Kami beroperasi di belakang U Mall di Taman Pulai Utama. Kunjungi kami dan nikmati kelainan yang kami tawarkan berbanding kedai-kedai lain yang menawarkan perkhidmatan yang serupa. Kami menanti kunjungan anda, terima kasih...:-)