Tuesday 24 July 2012

Signboard...

Tengahari tadi, tepat pukul 12.00 tghari, Heaven Steamboat & Grill Buffet telah dikunjungi oleh pekerja-pekerja untuk memasang signboard. Sekejap saja masa yang diambil, signboard telah pun siap dipasang.



Signboard ini menampilkan logo syarikat sebagai subjek utama, agar logo ini menjadi dekat kepada para pelanggan. Mungkin selepas ini apabila terpandang logo sebegini, maka para pelanggan akan mengetahui bahawa ini adalah syarikat kami. Di bawahnye pula diletakkan nama syarikat agar orang ramai tidak tertanya-tanya akan jenis perniagaan yang kami jalankan. Dengan jelas kami memaparkan nama Heaven Steamboat & Grill Buffet supaya dengan senang orang ramai mengetahui kami menjalankan perniagaan makanan secara buffet. Di samping itu, lama facebook juga diletakkan agar orang ramai boleh mengunjungi laman ini dan seterusnya mendapat maklumat yang lebih banyak tentang kami. Kenapa kami memilih warna hitam sebagai warna latar...? Supaya ia menonjolkan logo san tulisan dengan lebih baik kepada orang yang  memandangnya.


Adalah diharapkan dengan adanya signboard ini, orang ramai akan lebih senang menemui kami. Kami beroperasi di belakang U Mall di Taman Pulai Utama. Kunjungi kami dan nikmati kelainan yang kami tawarkan berbanding kedai-kedai lain yang menawarkan perkhidmatan yang serupa. Kami menanti kunjungan anda, terima kasih...:-)

2 comments:

  1. post lah sikit gambar menu2 yg disediakan..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah gambar2 akan di postkan kemudian...
    tp untuk sementara, antara menu yg kami ada ialah:

    - 2 freezer pilihan barangan steamboat.
    - brg2 segar seperti udang, sotong, ayam, daging, pari, keli,pedal ayam, tongkeng ayanm, paru dan kerang2an spt kupang, lala, kerang, kepah dsb...
    - pilihan sayuran dan cendawan.
    - jajan2 dan juga asam jeruk.
    - air panas dan sejuk.
    - makanan berat spt nasi putih, nasi goreng, mee goreng, mee hoon dan roti john.
    - aneka pilihan mee untuk anda pilih, juga telur.
    - pelbagai sos dan juga nata de coco.
    - paling baik, kami juga menawarkan aiskrim, jenis scoop didatangkan khas drpd nestle dgn pelbagai perisa. Kami tidak menggunakan aiskrim batang yg biasa.

    ReplyDelete