Wednesday 29 August 2012

Menu - Kuah...

Sebagaimana yang dijanjikan, tujuan kewujudan blog ini ialah untuk menerangkan tentang apa yang kami tawarkan kepada para pelanggan terutama menu yang ada di Heaven Buffet. Jadi pada kali ini, eloklah rasanya kami bermula dengan menu kuah yang kami sediakan kepada para pelanggan.

Setakat ini, terdapat dua jenis kuah yang kami sediakan iaitu kuah tomyam dan juga kuah sup. Kedua-dua kuah ini akan kami sediakan bagi setiap meja yang ada pelanggan, dengan memastikan jenis kuah yang dimahukan oleh pelanggan. Di tempat kami, pelanggan hanya perlu memilih satu jenis kuah sahaja untuk hidangan kerana kami tidak membahagikan periuk kami kepada dua bahagian.

Terdapat segelintir pelanggan yang meminta kedua-dua jenis kuah tersebut, tetapi kerana kami tidak membahagikan periuk kami kepada dua bahagian, maka permintaan ini tidak dapat ditunaikan. Namun begitu, bagi pelanggan yang masih mahu kedua-dua kuah tersebut, mereka boleh menukar kuah kepada kuah yang lain untuk pusingan kedua tanpa ada sebarang pertambahan caj dengan syarat mereka menghabiskan semua makanan yang dimasukkan ke dalam kuah yang pertama tadi. Sekiranya masih terdapat baki makanan di dalam periuk kuah pertama, maka kami tidak akan menukarkannya kepada kuah lain bagi mengelakkan pembaziran.

Kami pasti ada pelanggan yang akan mempersoalkan kenapa kami tidak membahagikan periuk kami kepada dua bahagian. Benar, kebanyakan kedai buffet steamboat lain membahagikan periuk mereka kepada dua bahagian,malah ada yang membahagikannya kepada tiga bahagian. Tetapi bagi kami, apabila periuk dibahagikan kepada dua atau tiga bahagian, maka ruangan untuk memasak akan menjadi terlalu kecil. Ruangan kecil ini, apabila diisi dengan makanan steamboat yang diambil terus dari peti beku yang kami sediakan, maka berlaku penyejukan kuah dengan cepat dan ini akan melambatkan makanan masak. Selain itu, memasak dalam ruangan kecil adalah sangat tidak selesa. Oleh kerana itu, kami mengambil keputusan untuk memberi ruangan yang besar kepada para pelanggan untuk memasak dan seterusnya menikmati hidangan lazat dengan lebih cepat.

Untuk pengetahuan para pelanggan juga, sekiranya anda kehabisan kuah semasa menikmati hidangan anda, anda boleh menambah kuah anda. Minta sahaja daripada pekerja kami yang sentiasa bersedia memberikan khidmat. Berita baiknya, tambahan kuah tidak dikenakan sebarang caj tambahan.

Jemput berkunjung ke tempat kami, dan nikmati makanan steamboat dengan pelbagai pilihan hebat. Terima kasih...:-)


Kuah sup, disediakan sebaik sahaja diminta oleh pelanggan. Kurang pedas berbanding kuah tomyam, sesuai bagi keluarga yang membawa anak kecil, juga mereka yang kurang gemar makanan pedas.

Kuah tomyam, dimasak terlebih dahulu agar lebih sedap. Sedikit pedas, namun masih boleh dinikmati dengan selesa.

Menu...

Adapun tujuan asal blog ini diwujudkan adalah untuk menjadi salah satu medium bagi para pelanggan untuk berinteraksi dengan kami. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai tempat  untuk mempamer dan bercerita tentang menu yang kami sediakan untuk para pelanggan.

Namun, setelah lebih sebulan kami beroperasi, kelihatan blog ini belum mampu menepati tujuan kewujudannya. Untuk itu, kami meminta maaf atas keadaan tersebut. Sebenarnya, keadaan agak tidak mengizinkan. Maklum saja, dengan kedai yang baru buka, terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan. InsyaAllah kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi tujuan kewujudan blog ini. Malah semua menu, suasana dan perkara-perkara berkaitan akan di post kan di blog ini. Harap dapat bersabar dan terima kasih atas sokongan anda semua...:-)

Sunday 5 August 2012

Buka Puasa...


Kami mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang telah sudi berbuka puasa di tempat. Kami berharap para pelanggan berpuashati dengan khidmat kami. Kedai kami masih lagi dalam proses penambahbaikan, jadi kami memohon maaf atas segala kekurangan. Namun begitu, kami menjamin pilihan yang banyak sebagai menu berbuka puasa anda. bagi pelanggan yang ingin berbuka puasa di tempat kami, membuat tempahan adalah cara terbaik agar tempat duduk anda terjamin ada...sebarang tempahan hanya diterima melalui telefon bimbit. Untuk mendapatkan nombor telefon, lawati laman facebook kami di https://www.facebook.com/heavenbuffet.