Untuk memberi kepuasan kepada para pelanggan, kami telah menyediakan sebanyak 2 freezer makanan steamboat. Kami menyediakan barangan ini terus di dalam freezer agar kesegarannya terjamin. Ini bagi mengelakkan sebarang kerosakan yang boleh berlaku sekiranya barangan ini terdedah kepada cuaca panas dan suhu yang tidak sesuai. Kerana itu, kami sangat menghargai sekiranya anda boleh menutup semula freezer setiap kali selepas anda mengambil makanan.
Untuk pengetahuan, kami meletakkan makanan ini di dalam bakul yang membolehkan pelanggan lebih mudah untuk mengambilnya. Setiap satu jenis kami letakkan di dalam bakul yang berlainan. Kami mempunyai sebanyak 42 bakul dan setiap satu bakul tidak sama dengan bakul yang lain. Ini bermakna kami mempunyai sebanyak 42 pilihan makanan steamboat yang boleh anda cuba dengan mengunjungi kami.
Antara bebola makanan yang kami sediakan ialah bebola udang, sotong, ikan, ketam, lobster, daging, ayam, otak-otak, salmon, nugget dan sebagainya. Di kesempatan akan datang, kami akan cuba menghuraikan satu persatu jenis yang kami ada untuk pengetahuan anda. Adalah sangat penting untuk anda ketahui apa yang anda makan, maka ini adalah salah satu inisiatif kami agar anda lebih faham tentang makanan anda.
Gambar-gambar untuk tontonan anda...:-)
Terima kasih untuk sokongan anda...:-)
No comments:
Post a Comment